Saturday, February 20, 2010

Blog Hopping

I discover a new hobby. Blog hopping. And it is so addictive as I would spend hours and hours in a day just hopping from one blog to another. What I like most about this new hobby is that the blogs offer me a different environment, and there are occasions when I feel like I am in a different world altogether. Probably I can easily connect myself to the writing as most of these blogers are just ordinary people and leading an ordinary life as well. From fashion to shopping, even some recipes and cooking tips...religious reminder, life experience, and list goes on and on.

I found a piece of writing in one blog which I frequently visit; and I find this one is soooo uplifting; and I want to share with all of you.

{i took it from http://muhdkamil.net/kehidupan/}

Apakah prof tidak mempunyai sebarang cubaan, dugaan atau halangan?,” tanya seorang pelayar blog ini sambil menitiskan air mata. “Saya melihat hidup prof kelihatan senang seolah-olah tiada langsung yang menyusahkan. Saya ingin hampir dengan Allah tetapi saya rasa saya semakin jauh”.

Baiklah. Biar saya nyatakan, hidup saya sering diwarnai dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Hampir sepanjang masa. Cuma saya fikir, Allah menguji kita kerana Dia tahu yang kita mampu bertahan dan boleh menghadapinya. Dalam kebanyakan kes, kesabaran dan penyerahan diri kepada Dia yang Maha Berkuasa mampu menghilangkan segala keresahan, gundah-gulana dan kerisauan.

Lihatlah senarai cabaran yang perlu kita hadapi, misalnya soal perkahwinan, hidup berumahtangga, anak-anak, kerjaya, kaum keluarga, sahabat-handai, rakan sekerja, kewangan …. opps, ia pastinya tidak bernoktah hinggalah ketika kita mengucapkan “Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah”, meninggalkan kehidupan dunia, menghadapi alam kubur dan kekal di syurga firdaus.

Dugaan atau cabaran akan berakhir dengan kenikmatan. Lihatlah dengan mata hati. Misalnya, jika kita difitnah, percayalah yang Allah sudah berjanji, kebenaran akhirnya akan muncul. Manusia akan bertambah hampir kepadaNya dengan memohon perlindungan, memohon keampunan dan merayu serta merintah pada setiap 1/3 hujung malam yang tersisa. Bangun malam dan “berkata-kata” dengan Allah di kesunyian malam itu pun sudah merupakan satu nikmat yang tidak terhingga.

Soalnya, manusia sering bersikap hipokrit dengan Allah. Ingat ketika susah, menjauhi ketika senang! Kita melihat manusia lebih mudah beramal ibadat kerana bos berbanding kerana cintakan Pencipta. Kita merasai kepentingan dunia jauh melebihi kepentingan hidup selepas kematian.

Hakikatnya, itulah cabaran dan dugaan saya yang sebenar. Ia bukan soal difitnah, bukan berhadapan dengan mereka yang hasad dengki atau letih memikirkan kerenah mereka yang hanya pandai mengkritik semata-mata.

Jadi, secara perlahan-lahan “kepercayaan dan keyakinan” kepada Dia harus benar-benar 100%. Ia kelihatan sukar namun itulah yang perlu dilakukan. Saya berdoa agar Allah memberi perlindungan, kerahmatan dan kasih-sayangNya kepada saya dan keluarga serta pembaca blog ini.


***************************************************
**Amalkan surah Ash-Sharh(94), Alamnasyrah.....

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan):bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." ~ ini janji Allah.

Saturday, February 6, 2010

Writing a PHD thesis

Writing a PHD thesis.

I just want to share with all of you about the tips on writing a PHD thesis. I maybe far from the the actual "stage of writing thesis", but I believe it is worth to ponder the recommendations.

p/s - thanks to Rima for a link from her FB.

http://www.timeshighereducation.co.uk/story.asp?sectioncode=26&storycode=410208&c=1