Thursday, June 17, 2010

Hikmah yang tersembunyi

Pengalaman kira-kira setahun berada di luar negara, menjadi seorang pelajar PHD sememangnya sungguh berharga. Prosesnya tidak mudah. Onak dan duri perlu ditempuh. Walaubagaimanapun, setelah setahun berlalu, tidaklah terlalu sukar untuk diharungi.

Bila kita berada diluar negara, cabarannya berbeza khususnya untuk pelajar-pelajar pasca siswazah (postgrad) yang rata-ratanya telah berkeluarga dan beranak pinak. Kekangan kewangan, masa dan gaya hidup yang berbeza menuntut pengorbanan. Dulu semasa saya menjadi pelajar undergrad di Cardiff, pengalaman sungguh berbeza. Maklumlah masa tu saya masih muda dan single, jadi masalah yang datang biasanya kecil dan mudah diatasi.

Tapi apa yang saya rasakan buat PHD didalam negara juga punya cabaran yang sangat besar, khususnya dalam membahagi-bagikan masa antara komitmen keluarga dan PHD research itu sendiri. Urusan keluarga sendiri dan keluarga sebelah mertua adalah sebahagian daripada perkara yang tidak dapat dielakan. Daripada kenduri kesyukuran, kenduri arwah, birthday party, kenduri kahwin dan sebagainya- semua perlu dihadiri. Itu belum lagi dengan proses mengumpul maklumat untuk kajian kes. Maklum sajalah- rasanya ramai yang sedar dan sinonim dengan tahap kerahsiaan maklumat yang ada. Semuanya "confidential".

Ringkasnya, setiap individu punya cabaran yang tersendiri. Destinasinya sama - segulung ijazah PHD, tapi laluannya berbeza. Semuanya perlukan pengorbanan yang mungkin tidak terjangkau fikiran semasa. Kepada Allah kita berserah dan panjatkan doa. Mudah-mudahan ada ganjaran yang menanti, jika tidak disini, disana pasti! InsyaAllah.