Wednesday, December 22, 2010

Mayfair vs Wudhu'

Yes friends... I am home. Back in Malaysia for my 2nd round of data collection. And the typical routine when i am home is to catch up with the pampering sessions... massage, facial, scrubbing and all.

Dalam banyak-banyak facial service yang aku dah pernah pergi, facial dengan orang C*** paling best sekali. Aku ni jenis cerewet sikit bab2 facial ni sebab muka aku ni sensitif. So,kalau silap guna product or terlebih massage, mudah la muka ni jadi merah. Atau kalau terlebih tekan bila extraction, merah tu ambik 3-4 hari jugak nak hilang. Agaknya memang nature orang C*** yang pandai business, service diaorang selalunya tip top, professional dan bilik facial tu pun bersih (towel, katil, wangi-wangi...aku sukaaaa!).

Balik kali ni, aku try nak ambik package kat Mayfair sebab tertarik dengan banner and testimoni diaorang kat program Impian Anggun TV3. Mulanya memang nak teruskan dengan service Dermalogica kat SACC, tapi bila takde parking hari tu... aku terus aje drive ke seksyen 7, dan walk in ke Mayfair. Service yang diaorang offer (based on condition muka aku)- 5 kali facial guna medijet dengan harga RM5000. Terbeliak mata aku dengar, ingat aku ni tuan puteri, keturunan raja, duit berkoyan ke nak gi facial RM1000 untuk setiap treatment.

Aku rasa muka aku takde la macam bontot kuali, sampai nak kena facial harga macam tu... agak insulting jugak bila beautician tu sungguh2x cakap muka aku rough, banyak acne scars, uneven skin tone... bla..bla..bla. Ye la, what do you expect, hidup aku memang sangat stress untuk 1-2 tahun yang lepas. Tido ikut suka aku aje dan selalunya terlebih tido sebab aku stress. Makan ... apa aje yang tekak aku teringin,, aku telan. Exercise- hmmm, harapkan jalan pergi balik ke sekolah aje laaa.
Skincare- aku pakai yang basic aje, itu pun kadang2x terus tido tanpa cuci muka. Memang laaa... aku pun dapat rasa kan, beza sungguh masa zaman aku kerja fulltime dulu.

Aku end up ambik jugak facial service diaorang... harga yang rendah daripada apa yang diaorang offer tu, of course service yang lain. Sebab beautician dah pujuk2, and aku pun memang in need of a facial and pampering, aku sign up la untuk facial course dengan harga yang mampu bayar (HSBC interest free). Bonusnya -in return aku dapat beli trial facial yang harga RM1000 tu dengan harga RM50. Bila dah siap, so-so aje laaa aku rasa..... tak worth langsung pun RM1000.. dan aku heran, boleh pulak dia offer kat aku dengan harga RM50 aje... hmmmm, business... business... facial yang RM200 tu aku rasa lagi best dan nampak results.

Apa kaitannya dengan wudhu'? Hari yang sama aku tengok kat TV astro- pasal wudhu'- syarat2x sah dan cara2x... siap dengan ayat quran dan hadis pasal wudhu dan kebaikan dan hikmahnya. MasyaAllah- banyak sungguh hikmahnya, didunia dan akhirat.. dan pada aku, itulah natural facial. Tak perlu mask, scrubbing, machine, medijet dsb...

[tapi kadang-kadang kita pergi facial sebab nak pampering] - and i reserve my comments on that one.

********************************************************************
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wudu".


Rasulullah saw bersabda :

“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya. (hadis riwayat muslim)”

Selain daripada itu, antara fadhilat lain wuduk ialah mengangkat darjat manusia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda saw pun bersabda: Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya) (Hadis riwayat Muslim)”

Seterusnya, wudhu dapat memberi cahaya di akhirat.

”Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu (Riwayat Bukhori & Muslim)”

Pernahkah kita dengar bahawa wudhu dapat membuka ikatan syaitan? Ya, Rasulullah ada bersabda bahawa ikatan syaitan pada manusia akan terlerai dengan wudhu.

“Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah saw memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda saw: Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhu, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas. (hadis riwayat. al-Bukhari)”