Tuesday, September 27, 2011

aidilfitri



Salam Aidilfitri buat semua, keluarga dan rakan dimana jua berada.

Aidilfitri 2011 sampai ke penghujungnya... tahun ini saya dapat beraya di tanahair tercinta bersama keluarga tercinta setelah 2 tahun berturut-turut beraya di perantauan. Raya pertama dirumah mertua, oleh kerana dapur mertua masih lagi belum selesai diubahsuai, saya berhasrat untuk menyediakan juadah pagi raya. Saya kepasar di Shah Alam, membeli daging, ayam dan bahan-bahan lain dan menyediakan lontong, rendang ayam dan rendang daging. Cukupla untuk juadah pagi raya yang ringkas.

Aidilfitri selalu membawa seribu pengertian bagi saya. Hari kemenangan setelah sebulan menjalankan ibadah puasa, hari yang penuh kesyahduan kerana Ramadhan pergi meninggalkan kita, dan hari kegembiraan kerana dapat bertemu dan bermaafan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Bagi saya yang masih lagi dibelenggu dengan kisah PHD ini, raya tetap raya, sekalipun tiap saat dan ketika, saya masih diulit mimpi-mimpi ngeri tentang PHD. Saya masih belum dapat lari dari perasaan cemas dan khuatir, dan ada masa jantung berdegup kencang memikirkan deadlines yang berjela-jela. Itulah mungkin pahit manis perjalanan PHD ni. Semoga Allah memudahkan urusan saya dan rakan-rakan yang lain. ameen.