Thursday, November 11, 2010

Nikmat kesihatan

Semalam saya mendapat perkhabaran dari beberapa sahabat setelah sekian lama tidak berhubung.

Sahabat A sedang mengidap penyakit paru-paru yang kronik. Walaupun telah menjalani satu pembedahan, paru-parunya masih lagi tidak lagi mampu berfungsi secara normal, dan kini beliau memerlukan bantuan pernafasan dengan tong oksigen. Akibatnya, kini hidupnya bergantung pada tong oksigen mobile yang perlu sentiasa dibawa bersamanya dan khabarnya tong oksigen itu berharga RM18,000. Rawatan masih diperlukan, dan minggu depan beliau akan sekali lagi menjalani pembedahan di HUKM. Dia yang dulu cergas, lasak dan aktif bersukan futsal, kini perlu menghadkan aktivitinya.

Sahabat B pula akan menjalani pembedahan kerana ketumbuhan dibahagian rahim. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Sahabat C pula mempunyai ketumbuhan berhampiran dengan buah dadanya. Alhamdulillah, setelah pemeriksaan rapi dijalankan - ia adalah ketumbuhan biasa dan bukannya kanser.

Sesungguhnya kesihatan itu adalah nikmat Allah yang tidak ternilai. Mudah-mudahan kita terus dikurniakan Allah dengan nikmat kesihatan ini.... ameen ya rabbal alamin.

1 comment: