Perasaan hari ini bercampur baur. Terlalu gembira kerana saya akan pulang ke Mesia kepangkuan suami dan keluarga tercinta. Teruja untuk kembali ke tanahair dan menghirup udara Malaysia yang telah hampir setahun ditinggalkan. Tapi hati berbelah bagi memandangkan ada lagi kerja-kerja PHD yang masih belum selesai dan memerlukan perhatian. Supervisor juga masih menanti pembetulan kepada dokumen confirmation yang telah dibentangkan kepada panel kira-kira 2 minggu yang lalu. Walaupun mungkin pembetulan tersebut mengambil masa tidak lama, tetapi hati dan perasaan saya tidak boleh tertumpu pada kerja-kerja PHD semenjak hari pembentangan tersebut. Kali ini saya akan pulang dengan menggalas bebanan di bahu, kerana saya juga akan membuat kerja-kerja awal pengumpulan maklumat berkaitan dengan kajian PHD ini.
Setiap waktu saya berdoa, semoga Allah memudahkan urusan saya dan memandu saya dalam membuat apa jua keputusan. Saya serahkan kepadaNya, segala-galanya. Semua adalah ketentuanNya. Kita manusia hanya boleh merancang, tapi Dia yang menentukan segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment